๐๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐-๐๐: ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ฐ๐๐ฌ๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข
Walaupun kita kini berada dalam fasa hidup bersama COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus menasihatkan orang ramai agar kekal berwaspada dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan
demi melindungi diri sendiri, keluarga
dan masyarakat sekeliling
daripada jangkitan penyakit.
Etika batuk dan bersin yang betul merupakan antara amalan penting. Ia adalah langkah mudah tetapi sangat berkesan untuk menguruskan gejala
, serta melindungi orang lain daripada risiko penyakit respiratori berjangkit seperti COVID-19
dan influenza
โ yang mudah tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu batuk atau bersin.
Sehubungan itu, setiap lapisan masyarakat disarankan untuk mengamalkan etika ini secara konsisten, terutama di tempat awam
, bagi mengurangkan risiko penularan.
KKM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia โ dari semua peringkat usia, termasuk bayi dalam kandungan
hingga ke warga emas
โ agar mendapatkan imunisasi atau vaksinasi yang diperlukan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.