mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 MAHIR : Salmah binti Masri

PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama: Salmah binti Masri
Umur: 54 Tahun
Ahli: 2017

Latar belakang

Puan Salmah adalah suri rumah sepenuh masa dan giat mengikuti kelas yang di anjurkan oleh NADI. Antaranya kelas mahir foto yang memberi pendedahan mengenai suntingan gambar produk untuk lebih menarik. Tambahan lagi, Puan Salmah giat menjalankan perniagaan kuah rojak buah secara kecil-kecilan pada tahun 2014. Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di NADI dan sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan di NADI. Beliau juga mempelajari cara membuka kedai atas talian Shopee di NADI. Sebelum ini, beliau hanya menjual secara offline kepada rakan-rakan berhampiran sahaja dan kini beliau mula menjual secara online dan membuat penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum pengguna ICT, beliau hanya tahu cara mengambil gambar seperti biasa tanpa pengetahuan effect gambar dan lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

NADI menawarkan Program Perkhidmatan Pintar di bawah teras Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu kelas mahir. Terkini, beliau baru selesai mengikuti kelas Mahir anjuran NADI dalam Mahir Foto. Banyak ilmu telah dipelajari di dalam kelas mahir foto ini sekaligus memberi idea untuk beliau menyunting gambar produk dengan lebih menarik dan unik.