| Nama | : Zukrina binti Zulkifli |
| Umur | : 29 Tahun |
| Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Cik Zukrina merupakan seorang guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen swasta di Sekinchan. Beliau aktif dalam dunia pendidikan dan gemar menimba ilmu baharu yang boleh meningkatkan kemahiran diri. Walaupun tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan, beliau mempunyai minat mendalam terhadap bidang fotografi dan masakan. Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di NADI dan sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai program di NADI, Zukrina hanya menggunakan kemudahan ICT pada tahap asas seperti menyiapkan bahan pengajaran dan tugasan sekolah. Pengetahuan beliau tentang aplikasi kreatif seperti penyuntingan gambar, video, serta teknik promosi digital masih terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas Smart Service – Mahir Foto dan Mahir Masak di NADI, Zukrina menjadi lebih yakin menggunakan pelbagai aplikasi ICT dan teknologi digital. Beliau kini lebih mahir dalam mengambil dan menyunting foto dengan teknik yang betul, serta menggunakan kemahiran tersebut bagi memperbaiki bahan pembelajaran di pusat tuisyen. Selain itu, beliau juga mula menunjukkan minat untuk menjadikan masakan sebagai aktiviti sampingan dan telah berkongsi hasil masakan serta foto menarik di media sosial.
