mcmc
Kesihatan

Bukan Buncit Biasa tapi Hati Dah Rosak

“Min, macam mana ya mau kasitau sedara mare saya yang kuat moginum sampai kalapik?”

Soalan cepumas dari Keningau.
Memang susah nak tegur “kaki logop” (kaki minum) ni. Kalau cakap pasal hukum agama atau nasihat mak nenek, memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Tapi cuba suruh dorang cek satu benda ni kat badan dorang:
PERUT.

Perasan tak, ramai kaki botol yang kurus kering di bahagian tangan dan kaki, tapi perut dia bulat, besar, dan tegang macam bola? Dorang gelak, kata tu “muscle” atau buncit bahagia.

Salah. Itu sebenarnya Ascites (Busung).

Bila kita ‘hantam’ alkohol bertahun-tahun sampai selalu ‘kalapik’ (blackout):
1. Hati akan rosak dan jadi keras macam batu (Cirrhosis).

2. Darah tak boleh lalu ikut hati, jadi darah tu ‘backflow’.

3. Tekanan tinggi menyebabkan cecair darah merembes keluar dan bertakung dalam ruang perut.

Itu bukan lemak, tuan-tuan. Itu air bisa toksin yang hati tak mampu tapis.

Kalau ditepuk perut tu, bunyinya bukan padat, tapi bergoncang macam belon air.
Kalau dah sampai tahap ni, selalunya mata pun dah kuning.

Jadi kepada bro yang tanya dan isteri-isteri yang risau tengok suami “perut kembang” tu… Jangan marah dorang. Ajak je pergi scan perut. Biar doktor tunjuk rupa hati yang dah macam batu karang tu. Masa tu, barulah insaf sendiri. Sayang nyawa, elakkan moginum.

Sumber : Facebook Public Health Malaysia