mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Paddy House Homestay Sekinchan

Paddy House Homestay berkonsepkan gabungan di rumah sambil memberikan pengalaman terbaik melalui keindahan alam semula jadi. Dikelilingi sawah padi, udara segar serta kicauan burung menjadikan penginapan anda satu pengalaman yang indah dengan suasana yang tenang dan damai.

Dengan jumlah keseluruhan 6 buah rumah homestay, 2 daripadanya mempunyai balkoni lengkap dengan kawasan BBQ dan tempat duduk. Manakala 4 buah rumah lagi berkongsi kemudahan di aras bawah yang dilengkapi dengan semua keperluan. Paddy house homestay mempunyai 4 unit chalet, di mana 2 chalet mempunyai balkoni dan 2 lagi tanpa balkoni.

Alamat : Lot 22691, 1, Jalan Parit 4 Pantai Sungai Burung, Kampung Sungai Burung, 45400 Sekinchan, Selangor

No. Dihubungi : 011-25677221

Media sosial : Facebook Paddy House Homestay Sekinchan

Website : https://paddyhousehomestay.com/

Sumber : Facebook Paddy House Homestay Sekinchan