mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 E-SUKAN : Iman Idzhar Bin Noor Jefri

PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama: Iman Idzhar Bin Noor Jefri
Umur: 17 Tahun
Ahli: 2018

Latar belakang

Iman Idzhar berusia 17 tahun dan telah menjadi ahli NADI Kg Baru Seri Sentosa pada 28 Januari 2018. Jarak rumah dengan NADI dianggarkan 5meter sahaja. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan Sekinchan Selangor. Beliau meminati E-Sukan Mobile Legends dan menjadi Ketua Pasukan bagi Team Touch&Go, mewakili NADI Kg Baru Seri Sentosa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai hobi bermain Mobile Legends bersama rakan-rakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

NADI menawarkan Program Perkhidmatan Pintar di bawah teras Pembelajaran Sepanjang Hayat. Beliau mempunyai potensi bermain E-Sukan. Setelah mengikuti program E-Sukan seperti kelas kesedaran, kelas pensijilan dan menyertai perlawanan Mobile Legends Peringkat Negeri Selangor 2024, Pasukan beliau iaitu Touch&Go Berjaya mendapat tempat ke-2 bagi Negeri Selangor dan hadiah wang tunai bernilai RM2000.00